Pages

general

Tuesday, 13 May 2014

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00





Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!


selamat mencuba, SHARE n LIKE utk SAHABAT anda

Friday, 2 May 2014

Phoenix: Seekor anjing baka Pit Bull yang membaham seorang kanak-kanak tahun lalu, semalam dihukum penjara seumur hidup di tempat perlindungan yang dikendalikan di sebuah penjara dan di bawah pengawasan Syerif Wilayah Maricopa, Joe Arpaio.

Pesta Sabah meriah

Kota Kinabalu: Persembahan muzikal dan tarian bertemakan Aki Nabalu berjaya menonjolkan kepelbagaian kebudayaan dan tradisi daripada tujuh etnik yang menghuni kawasan sekitar Gunung Kinabalu sempena sambutan Pesta Sabah 2014.
Kuala Lumpur: “Saya yakin kawasan pencarian di Selatan Lautan Hindi adalah lokasi pencarian yang betul berikutan tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala setakat ini,” kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston.

Monday, 17 March 2014

Malaysia perlu bersedia hadapi satu lagi krisis kewangan

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan satu lagi krisis kewangan dunia yang dijangka berlaku berikutan kenaikan harga dan kurang kuasa membeli.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata negara perlu merangka 
strategi berdasarkan pengalaman lalu dan mencari punca krisis.
"Dengan krisis kewangan semasa dan yang lalu, kita perlu meneliti dan seterusnya mencari idea-idea mengenai cara bagi menyediakan diri kita untuk 
mengatasinya," kata beliau pada sidang akhbar selepas sesi meja bulat antarabangsa Yayasan Kepimpinan Perdana, mengenai 'Bertahan Dalam Krisis Kewangan Global Akan Datang', di sini, hari ini.
Beliau berkata, peringkat pertama akan membabitkan memahami mekanisme dan
apabila dicapai, krisis berkenaan boleh diuruskan. 

"Saya bekas doktor dan pendekatan kita perlu seperti seorang doktor," kata 
beliau. 

Sesi meja bulat itu membincangkan cara-cara untuk mengatasi krisis kewangan 
dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan. 

Sesi itu dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana dan ditaja oleh YTL Corp Bhd, 
Malaysia Airlines, Bina Puri, Westports, AmBank, UEM dan Bank Rakyat. 

Pesertanya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk 
Seri Abdul Wahid Omar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar, 
Timbalan Pengerusi Khazanah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi AmBank Tan Sri 
Azman Hashim, Pengarah Urusan YTL Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, Pengerusi Bank 
Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 
Symphony Life Tan Sri Azman Yahya dan Pengerusi ISIS Tan Sri Jawhar Hassan. 

Sementara itu, Tun Mahathir berkata beliau sedih dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, sejak 8 Mac lalu. 

"Anehnya ia tidak boleh dikesan melalui satelit dengan 20 negara membantu 
dalam usaha mencari dan menyelamat," katanya - Bernama

Saturday, 15 March 2014

penemuan baru : Air di bawah lapisan mantel

Ottawa: Sekumpulan saintis menemui simpanan air di bawah lapisan mantel kerak Bumi dan mereka menjangkakan simpanan air itu mungkin lebih besar berbanding gabungan semua lautan di seluruh dunia.

Penyelidik Kanada terbabit berkata analisis terhadap titik mineral yang jarang dijumpai itu mendapati ia mempunyai simpanan air yang banyak pada kedalaman kira-kira 400 hingga 600 kilometer di bawah permukaan bumi.

Penemuan itu seolah-olah mengimbau kembali novel berusia 150 tahun, iaitu “Journey to the Centre of the Earth’. Penulis sains fiksyen Perancis novel itu, Jules Verne menggambarkan sebuah lautan yang terbentang luas di bawah permukaan planet kita.

Bukti penemuan itu berasaskan kepada mineral berkait air yang dipanggil ‘ringwoodite’. Ia berpunca daripada lapisan di antara permukaan atas dan bawah mantel Bumi, menurut penyelidik terbabit dalam jurnal Nature. - AGENSI

sumber: Berita Harian

‘Raja Bomoh’ Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang – Jais


SHAH ALAM: ’Raja Bomoh’ yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Malaysiakini: Pesawat Disahkan Dirampas ... adakah ini benar ataupun cuma spekulasi semata-mata

Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, demikian menurut satu laporan berita.

PANAS.. Kerajaan Malaysia Sahkan Pesawat MH370 dirampas, Lapor AP.. ada udang di sebalik batu



Friday, 14 March 2014

Apakah Penyakit Gout ?

Untuk pengetahuan anda, penyakit gout adalah merupakan penyakit yang biasanya dihidapi oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang g)sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

MH370: Jemaah umrah akan turut berdoa di Tanah Suci

SEPANG: Para jemaah yang akan menunaikan umrah di Makkah akan turut berdoa bagi menemui semula pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
    
Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Lim Abdullah, 54,  berkata beliau akan menggunakan sebaiknya masanya di sana nanti bagi membawa bersama doa dan harapan rakyat Malaysia, agar ditemui semula pesawat itu.
    
Menyifatkan kejadian itu sebagai ketentuan Allah, katanya doa adalah senjata paling utama bagi umat Islam, katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum berlepas ke tanah suci hari ini.
    
Beliau pergi bersama isterinya Kamariah Husin, 53.
    
"Walaupun tidak berkesempatan untuk turut serta menunaikan solat hajat yang dianjurkan di masjid, namun tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, saya mengajak keluarga bersama-sama menunaikan solat hajat di rumah," katanya.
    
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari KLIA menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu.
    
Operasi mencari yang memasuki hari ketujuh hari ini masih gagal mengesan pesawat.
    
Rohani Awang, 60, dari Perlis berharap doanya di depan Kaabah agar pesawat itu ditemui semula akan dimakbulkan.
    
"Apa pun kita mesti jadikan insiden ini sebagai iktibar untuk memperbaiki  diri kita," katanya yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan di media massa.
    
Pekerja swasta Afzan Othman, 37, berkata semua pihak mesti optimis dan terus berusaha mencari pesawat itu. - Bernama

Pesawat MH370 dilengkapi empat rakit untuk 290 orang

BEIJING 15 Mac - Pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 yang sehingga kini masih gagal dikesan, dilengkapi empat buah rakit yang boleh membawa kira-kira 290 orang penumpang dalam satu-satu masa.

Bangladesh sertai misi mencari MH370

NEW DELHI, 15 Mac - Bangladesh menjadi negara terbaharu menyertai misi mencari dan menyelamat MH370, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak awal pagi Sabtu lepas.

Pesawat MH370 hantar isyarat ke satelit

Imam Kagat dari Kor Agama Angkatan Tentera, Mohd. Faizal Arif Abdullah mengetuai solat hajat selepas menunaikan solat Maghrib pada operasi pencarian dan menyelamat pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang, di perairan Laut China Selatan, semalam. Kapal milik TLDM, KD Lekiu yang mempunyai 149 anak kapal, 15 krew helikopter penyelamat Super Lynx memulakan operasi sejak Ahad lalu. - UTUSAN/Irwan Majid

MH370: Pesawat dipesongkan oleh "seseorang" ke Kepulauan Andaman?


KUALA LUMPUR: Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.
Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi

penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan denganlongitudedanlatitudeyang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pesawat-dipesongkan-oleh-seseorang-ke-kepulauan-andaman-31848?cp

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2013/2014 SECARA ONLINE DAN SMS

Iran Sedia Bantu Cari MH370

Islamic Republic of Iran Navy (IRIN)

KUALA LUMPUR – Iran sedia memberi sebarang bentuk bantuan kepada Malaysia dalam usaha mengesan pesawat MAS yang hilang, jika diminta, kata Dutanya ke Malaysia Mohammad Jalal Firouznia.

“Perkara paling penting ialah Iran berdiri di sebelah Malaysia. Kami sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk melakukan apa yang terdaya,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini hari ini.

Katanya, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan berbincang tentang insiden dari segi umum dan politik, serta menyatakan kesediaan Iran bertukar maklumat termasuk mengenai dua warganya yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport curi.

Duta itu berkata dua lelaki Iran yang dikenal pasti sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Syed Mohammad Reza, 29, meninggalkan Iran pada 22 Februari menggunakan pasport negara itu.

Katanya kedua-dua mereka memperoleh visa daripada Kedutaan Malaysia di Tehran dan mereka tiba di negara ini menerusi penerbangan dari Doha, Qatar.

“Isu-isu lain seperti pasport Austria dan juga tiket ke China serta lain-lain disediakan untuknya di Malaysia. Perkara sama juga berlaku pada Delavar Syed Mohammad Reza,” katanya. – Bernama

Raja bomoh ugut saman jika tuduh ritual langgar syariat

apa tindakan JAIS dan JAKIM dan PERKASA ??




KUALA LUMPUR: Individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh mengugut akan menyaman pihak yang menuduh ritualnya di KLIA dalam usaha mengesan kehilangan Pesawat MH370 sebagai melanggar syariat.

Thursday, 13 March 2014

Data enjin MH370 cetus persoalan baru


Satu laporan Wall Street Journal menyebut penyiasat Amerika Syarikat mengesyaki bahawa pesawat MH370 kekal dalam penerbangan selama kira-kira lima jam dalam keadaan yang belum dikenalpasti.

Penyelamat China temui objek terapung ( PrayForMH370 )

Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MB370.


Anwar: Siapa bayar bomoh '1Malaysia'? ( apa da jadi dengan Malaysia ni ) ??


Satelit kesan isyarat daripada pesawat MAS



WASHINGTON 14 Mac - Satelit mengesan isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines selepas hilang Sabtu lalu, namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut semalam.

Beijing akui silap siar imej ( “Tambahnya lagi, imej yang dipaparkan itu belum lagi disahkan sama ada mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang,” )

Sepang: Kerajaan China mengakui siaran imej satelit negara itu yang kononnya menunjukkan tiga objek didakwa serpihan MH370 adalah satu kesilapan. 

Satelit pengintip AS tak kesan letupan

Washington: Satelit pengintip Amerika Syarikat (AS) tidak mengesan sebarang tanda letupan di udara ketika pesawat MH370 terputus hubungan dengan kawalan trafik udara, kata pegawai negara itu. 

jenis-jenis kentut@ tontut ( versi Dusun Kimaragang )

Wednesday, 12 March 2014

Satelit China temui 'kawasan disyaki' MH370 berada ( PrayFor MH370 )

Satelit China temui 'kawasan disyaki' MH370 berada

SHAH ALAM - Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China.

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan


Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.

Tuesday, 11 March 2014

The one exercise that women can't do


Women Can’t Do Pull Ups: It’s a Law of Physics

bidang yang ditawarkan dalam PISMP/PISMP PPC/PISMP UEC atau SMA/SMU :

Kepada yang berminat dan berkelayakan, bolehlah cek bidang-bidang yang ditawarkan dalam program ini. pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum adalah diutamakan 

Misteri Kehilangan kapal MAS MH370 Menurut Pakar Penerbangan



KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbngan MH370 sejak Sabtu lalu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

MH370 may have turned back but not detected_ AFP


Air force chief says rescue operations have been widened to the vicinity of the Andaman sea. 


KUALA LUMPUR: Malaysia’s air force chief said today authorities have not ruled out the possibility a missing airliner inexplicably changed course before losing contact, but denied reports the jet had been detected far from its planned flight path.

India Sertai Misi SAR Pesawat MH370, Satelit Tentera Laut Turut Diaktifkan




NEW DELHI: Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas.

Bunyi dentuman dari laut ( Prayfor MH370 )

Chukai: Beberapa lagi saksi, termasuk Ketua Polis Daerah Kemaman mendakwa terdengar bunyi letupan kuat dari arah Laut China Selatan pada pagi Sabtu lalu, hari sama pesawat MH370 dilaporkan hilang. 

Bagaimanapun, masa letupan yang didakwa oleh Superintendan Che Suza Che Hitam kira-kira jam 8 pagi berbeza dengan masa diceritakan saksi lain dan waktu terakhir pesawat itu hilang dari radar kawalan pada jam 1.30 pagi.

CONTOH KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA BALING SISTEM KALAH MATI



Penduduk dengar dentuman kuat di Marang

 

Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di Marang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Empat laporan Polis menunjukkan arah yang sama ( Pray for MH370 )



KOTA BHARU 11 Mac – Empat laporan polis yang dibuat oleh orang awam di empat kawasan berbeza di negeri ini yang terlihat objek terbang rendah pada pagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang menunjukkan arah yang sama iaitu 350 darjah utara ke arah Laut China Selatan.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

Pengambilan guru mengikut ikut keperluan negeri

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan akan memastikan pengambilan guru dibuat mengikut keperluan negeri bagi mengurangkan masalah guru yang ingin bertukar ke sekolah di negeri tempat mereka berasal.

Having a messy desk makes you 'more creative'

Working at a messy desk may actually help you think more creatively, according to a new scientific study.


Being surrounded by clutter can promote creative thinking and stimulate new ideas

        Working at a messy desk may actually help you think more creatively, according to a new 
scientific study. Scientists found that being surrounded by clutter can promote creative thinking and stimulate new ideas. In contrast, working at a clean and prim desk may promote healthy eating, generosity and conventionality. The new study was conducted by psychological scientist Professor Kathleen Vohs and fellow researchers at the University of Minnesota, Minneapolis.
They mapped the behaviour of people working on messy and clean desks with a series of experiments. For example, participants in the study were given a choice between a new product and an established one. 

 

Blogger news

Blogroll