1.0 PENDAHULUAN
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin" merupakan Falsafah Pendidikan Guru yang digubal untuk bertujuan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, seseorang bakal guru perlulah didedahkan teori bahkan amali P&P daripada pelbagai aspek supaya apabila tamat kursus nanti dapat merealisasikan dan melaksanakan P&P menepati cita-cita yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
2.0 RASIONAL
Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari cara mengelolakan sesuatu pertandingan sama ada peringkat sekolah/daerah/bahagian/negeri/ peringkat negara. Seterusnya,peganjuran pertandingan bola baling ini juga tidak langsung dapat membentuk sahsiah keguruan dalam diri pelatih dan sebagai persediaan awal untuk menghadapi suasana baru bila ditempatkan mengajar kelak.
3.0 MATLAMAT
Pengolalaan pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk memperkayakan pengalaman agar ilmu ini dapat digunakan semasa di alam pengajaran nanti. Seterusnya, guru-guru pelatih juga dapat melengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan Standard Guru Malaysia(SGM) disamping dapat melatih dan membina kekuatan fizikal,emosi dan mental guru pelatih.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk meneroka kebolehan mereka dalam mengelolakan suatu pertandingan dan Mencungkil bakat dalam diri guru pelatih untuk mengendalikan sesuatu pertandingan.
4.2 Dapat memberi pengalaman yang berguna kepada guru pelatih untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Membina kerjasama dan semangat patriotik antara guru pelatih.
5.0 TARIKH DAN MASA
5.1 Tarikh : 8-9 Ogos 2011
5.2 Masa : 7.00 am-7.00 pm (08 Ogos 2011)
: 7.00 am-4.00 pm (09 Ogog 2011)
6.0 TEMPAT
Gelangang bola baling Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
7.0 PENYERTAAN
Terbuka kepada semua warga ppismp ambilan jun 2011
8.0 KEEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
|
||
BIL
|
PERKARA
|
jumlah
|
|
Yuran
ahli kumpulan
96
orang x RM 5.00
|
RM 480
|
|
Yuran
pendaftaran pasukan
8
pasukan x RM 20.00
|
RM
160
|
Sumber kewangan
keseluruhan
|
RM 640
|
|
PERBELANJAAN
|
||
|
Makanan
dan minuman
96
orang x RM 10
|
RM
960
|
|
Hamper
RM
50 x 1 (Johan)
RM
40 x 1 (Naib Johan)
RM
30 x 1 (Ketiga)
|
RM
120
|
|
Air Mineral
15 kotak untuk 2 hari
|
Memohon
daripada pihak stor
|
|
Alat Tulis
i.
Kertas putih A4 x 1 bungkus
ii.
Cellophane tape x 3 gelung
iii.
Pen x 20 batang
iv.
Manila kad x 20 keping
v.
Whiteboard marker x 20 batang
vi.
Plastik beg hitam
|
Memohon
daripada pihak stor
|
|
Cenderamata pengadil/pegawai
5 x Cawan IPG KTI
|
Memohon
daripada pihak stor
|
9.0 JAWATANKUASA -JAWATANKUASA INDUK
10.0 ATURCARA PERTANDINGAN
Jadual masa:
11 PERATURAN BOLA BALING TAHUN 2011
11.1 PENDAFTARAN :
11.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.
11.3 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing.
Ø Pengurus Pasukan
Ø Jurulatih
12 PAKAIAN
Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing di depan dan belakang.
12.1 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.
12.2 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.
12.3 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )
13 MASA PERMAINAN
Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit. (15.3.15)
*diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.Masa Rehat Pasukan (1 minit )
(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.
(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Ø Semasa pasukannya mengawal bola.
Ø Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.
14 SISTEM PERTANDINGAN
14.1Pertandingan ini dijalankan secara KALAH MATI
14.2Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
14.3Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :
14.4Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
14.5 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa
pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
14.6 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah:
14.7 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
14.8 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.
14.9 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
14.10 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.
14.11 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL
14.12 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
14.13 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.
14.14 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.
15 SISTEM KALAH MATI
Bagi perlawanan secara kalah a mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
15.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat selama lima minit.Jika masih seri sistem balingan 7 meter mengikut peraturan IHF akan dijalankan.
Penaung I Tuan Haji Mohd Said
Bin Hasran
(Pengarah IPG Kampus
Temenggong Ibrahim)
Pengerusi Tuan Haji Abu Bakar
(Timbalan Pengarah
Pengurusan dan Pentadbiran,
IPGKampus Temenggong
Ibrahim)
Setiausaha Encik Sanif Bin Sapaat
(Ketua Unit
Kokurikulum,
IPG Kampus Temenggong
Ibrahim)
Penyelaras Encik Zainal Mohd Amin
(Pensyarah Penasihat
Gerko Bola Baling,
IPG Kampus Temenggong
Ibrahim)
Bendahari Puan Norhayati Binti
Ibrahim
(Pengawai Eksekutif
Kanan, IPG Kampus
Temenggong Ibrahim)
JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi :Razian
Rashid
Naib Pengerusi :
Hawarie ismail
: Le yi qi
Setiausaha :Stefaenus
Olver Sabin
:Vincent andam
Bendahari :
Brenda Jude
:
Anasuhana
AJK Teknikal :
Mohd. Haziq Othman
: Aiman haziq
JK Peralatan :
Soo Chi Yang (K)
Boon Huey Chie
Chiar Phei Jing
Ting Ying Fen
Tien Hui Fang
Mohd Amirul Hasif Bin Yusuf
Muhammad Firdaus Bin Fadzil
Muhammad Razali Bin Daud
JK Makanan / Minuman :Yong Hui Yun :Toong Mei Kee
JK Buku Program :
Chieng Ai Ling (K)
Choi Pick Cheng
Siti Asmira Binti Jusoh
Norliyana
binti Sahdan
Vicky Chia
JK Cenderahati dan Sijil :
Grace Hew Li Sing (K)
Lau Poh Ding
Su Hui Huan
JK Keselamatan dan Kebajikan : Tiang Li Teen (K)
Chin Swee Yean
Nurul Hafizah Binti Khmis
Nur Suhailah Binti Shahril
JK Perasmian :
Lee Wee Pei(K)
Loh Feng Ching
Nurshahira Hazlina Binti Abdul Halim
Nur Amalina Alina Binti Yusof
AJK Dokumentasi :
Nur
Jannah Binti Mohd Ali(K)
Ham Siew Mei
AJK Pengadil :
Muhammad Faizal Bin Che Mat(K)
Amirah Husna Binti Mohamad Habib
Nor Faznira Binti Ramli
Munirah Binti Musa
Jadual masa:
08
ogos 2011
Masa
|
Perkara
|
7.00-7.30am
|
Pendaftaran
|
7.30-8.00am
|
Pembukaan rasmi
|
8.00-12.00pm
|
Pertandingan
dimulakan (pusingan awal kalah mati)
|
12.00-1.00pm
|
Rehat
|
1.00-7.00pm
|
Teruskan
pertandingan ( pusinganawal kalah mati)
|
09 Ogos 2011
Masa
|
Perkara
|
7.00-7.30am
|
Pendaftaran
|
7.30-12.00pm
|
Pertandingan
dimulakan secara sistem kalah mati
|
12.00-2.00pm
|
Rehat
|
2.00-3.00pm
|
Pertandingan
pusingan akhir secara sistem kalah mati
|
3.00- 4.00pm
|
Penyampaian hadiah dan majlis penutupan
|
11.1 PENDAFTARAN :
11.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.
11.3 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masing-masing.
Ø Pengurus Pasukan
Ø Jurulatih
11.4 KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN
L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18
Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor masing-masing di depan dan belakang.
12.1 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.
12.2 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.
12.3 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )
13 MASA PERMAINAN
Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit. (15.3.15)
*diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.Masa Rehat Pasukan (1 minit )
(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.
(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Ø Semasa pasukannya mengawal bola.
Ø Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.
14 SISTEM PERTANDINGAN
14.1Pertandingan ini dijalankan secara KALAH MATI
14.2Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
14.3Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :
14.4Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
14.5 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti memberi alasan bertulis mengapa
pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
14.6 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah:
14.7 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
14.8 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.
14.9 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
14.10 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.
14.11 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL
14.12 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
14.13 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.
14.14 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.
15 SISTEM KALAH MATI
Bagi perlawanan secara kalah a mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
15.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat selama lima minit.Jika masih seri sistem balingan 7 meter mengikut peraturan IHF akan dijalankan.
sistem kalah mati
Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang pemain.Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.
16.1 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
16.2 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.
16.3 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter.
16.4 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.
16.5 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
16.6 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.
17 KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.
18 BANTAHAN
Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.Keputusan Juri adalah muktamad.
19 JURI RAYUAN
Terdiri daripada :
19.1. Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / ZON
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan/Pengerusi Pengadil1
19.2. Orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.
20 PERATURAN BARU
20.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.
(peraturan 2:5)
20.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.
(peraturan 2 :8)
20.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat kesukanan.
(peraturan 4:11)
20.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan.
(peraturan 4:1)
20.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil.
(peraturan 4:1)
20.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.
(peraturan 10.3)
20.7. Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman.
(klarifikasi no 4)
20.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.
(peraturan 15.6)
20.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir kepada pasukan lawan.
(peraturan 11.3)
20.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang.
(klarifikasi no 3)
22 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.
23 PENUTUP
Diharapkan agar semua guru pelatih dapat mengelolakan sesuatu pertandingan dengan jayanya.Aktiviti ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai batu loncatan bagi memperkasakan ilmu pengetahuan dalam diri guru pelatih disamping aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru pelatih dan pelajar.Akhir sekali,semoga semua guru-guru pelatih mendapat sesuatu pengalaman yang berguna daripada aktiviti seumpama ini.
0 comments:
Post a Comment