Menurut kenyataan pegawai yang enggan dikenali, negara itu pernah menggunakan rangkaian satelitnya untuk mengenal pasti tanda kehadiran haba yang boleh dikaitkan dengan unsur letupan pesawat di udara tetapi dalam kes ini tiada tanda ditemui.
menambah misteri menyelubungi nasib MH370 yang yang hilang sejak jam 1,30 pagi, Sabtu lalu selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.
Pegawai itu berkata, dengan ketiadaan sebarang kawasan spesifik yang dikenal pasti oleh satelit, kapal laut AS yang menyertai usaha mencari dan menyelamat di Laut Cina Selatan tidak dihantar ke kawasan khusus untuk mencari bangkai pesawat jika ada.
“Jika mereka dapat mengenal pasti satu kawasan yang khusus (melalui satelit), kapal kami mungkin akan dihantar ke situ,” katanya kepada agensi berita AFP.
Kongsi imej satelit
Malaysia dalam kenyataannya kelmarin berkata, satelit daripada pelbagai negara antarabangsa menyertai usaha mencari dengan perancangan untuk berkongsi imej daripada satelit yang mengelilingi bumi.
Menurut penulis buku dan pakar sejarah perisikan, Jeffrey Richelson, sistem satelit infra-merah angkasa AS berjaya mengesan letupan yang menyebabkan pesawat TWA 800 terhempas ke Lautan Atlantik sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York pada 1996.
Dalam bukunya America’s Space Sentinels, Richelson menggambarkan rangkaian satelit AS pada mulanya dibangunkan untuk mengesan dan menerima amaran langsung berhubung ancaman pelancaran roket dari Russia.
Melalui e-mel, Richelson berkata walaupun sistem satelit ‘Rangkaian Sokongan Pertahanan’ dicipta untuk mengesan isyarat infra-merah dari roket yang dilancarkan, ia terbukti berkesan dalam pelbagai aspek lain seperti mengesan pesawat berlegar di udara selepas terbakar, pesawat angkasa di orbit dan letupan di darat/udara.
Teliti data DSP
“Oleh itu Digital Pemprosesan Isyarat Digital (DSP) akan diteliti selepas beberapa kejadian nahas udara. Satelit pernah mengesan pelanggaran udara di ruang udara Grand Canyon, nahas pesawat pejuang Stealth, nahas A-10 dan pelanggaran membabitkan pesawat tentera AS serta Jerman di luar pantai Afrika pada 1997,” katanya.
Richelson berkata, penyiasat pernah membuat pemeriksaan data satelit DSP selepas kehilangan pesawat 447 milik Air France pada 2009 yang lenyap sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rio De Jeneiro ke Paris, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada menemui sebarang petunjuk.
sumber: berita Harian
0 comments:
Post a Comment