Kuala Lumpur: “Saya yakin kawasan pencarian di Selatan Lautan Hindi adalah lokasi pencarian yang betul berikutan tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala setakat ini,” kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston.
Menurutnya laporan syarikat pencarian GeoResonance berpangkalan di Adelaide, Australia mendakwa mereka mengesan serpihan dipercayai pesawat MH370 turut diambil berat oleh pihaknya.
Beliau berkata, tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan dimaksudkan itu, termasuk penggunaan sebuah kapal yang dilengkapi peralatan mengesan gema.
“Namun saya masih yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami (lokasi di selatan Lautan Hindi) berdasarkan analisis manual antara penerbangan MH370 dan satelit sebelum kehilangannya pada 8 Mac lalu.

HISHAMMUDDIN bersama Houston (kanan) dan Troadec (kiri) pada sidang media mengenai MH370.
“Saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat itu di Lautan Hindi,” katanya dalam sidang media bersama Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis, Jean-Paul Troadec, semalam.
Syarikat GeoResonance sebelum ini mendakwa menemui serpihan dipercayai penerbangan MH370 kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu di Teluk Benggala.
Sementara itu Hishammuddin berkata, pihaknya mengambil kira pandangan serta petunjuk baru itu.
“Tetapi saya ingin tekankan, dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama. Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu.
“Dengan menghantar lebih banyak kapal ke Teluk Benggala, ia akan menjejaskan pencarian di kawasan sekarang,” tambahnya.
Hishammuddin berkata, usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun semua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan pencarian memasuki fasa baru.
Pada masa sama Houston berharap kenderaan autonomi bawah air (AUV) Bluefin-21 yang digunakan bagi mencari penerbangan MH370 mampu menemui sesuatu di kawasan pencarian.
Sementara itu Hishammuddin yakin misi pencarian pesawat MH370 itu dalam jejak yang betul.
“Kami sedang mendapatkan lebih pakar dan rakan untuk menyertai operasi menjejaki pesawat MH370,” katanya.
“Saya yakin kami akan dapat menemuinya,” katanya ketika disoal wartawan.

0 comments:
Post a Comment